Monday, June 25, 2012

Mengenal peralatan

Sekadar perkongsian...untuk memulakan hobi/minat baru ni..mari kita sama-sama check apa yang perlu ada bagi memulakan aktiviti baking ni...





pelbagai jenis loyang


Pelbagai jenis senduk, whisk, berus, scrapper atau alat-alat bantuan


Penimbang / penyukat
(sekarang dah ada penimbang digital yang bole terus convert ml ke gram dll)

Berikut adalah carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik.
1 oz - 25 gm
9 oz - 250 gm
16oz (1 lb) - 450 gm
2 lb 4 oz - 1 kg
1 cawan mentega - 250 gm
1 cawan gula - 250 gm
1 cawan tepung - 125 gm
2 cawan tepung - 250 gm
1 camca kecil/teh - 5 gm


Tip Menyukat Bahan1. Adalah lebih mudah dan tepat jika menggunakan penimbang digital.
2. Apabila menyukat tepung, gemburkan atau ayakkan ia dahulu baru disukat atau ditimbang.Jika menyukat dengan cawan, jangan ditekan tepung itu kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya telah berlebihan. Ratakan permukaannya dengan pisau.Ia tak sepatutnya disukat membumbung.
3. Sudu/camca kecil atau sudu/camca teh, sukatannya hampir sama tetapi sudu makan dan sudu besar ianya berlainan.
4. Cecair boleh disukat dengan gram atau dengan mililiter (ml). 100 gm air dengan 100 ml air adalah lebih kurang sama sukatannya.



mixer
(mixer idaman ku ini- Kitchen aid)

oven

Niat & Cita-cita

Memang ramai yang ingin mencuba baking sendiri..ade yang belajar untuk menanbah rezeki, sebagai hobi..tp bagi aku.satu kepuasan bila makin hasil air tangan sendiri..

melihat blog-blog baking yang lain membuat aku begitu teruja untuk belajar & mencuba baking sendiri..ade lah memasang niat untuk pergi ke kelas baking..namun ape daya..tuntutan fitrah sebagai ibu harus di dahulukan...tak kan nak tinggalkan anak kecil ku di rumah pengasuh time weekend (memang tak la..) so, try je la buat sendiri melalui pembelajaran online serta try & error (sedap makan & bole cube lagi..kalo tak sedap..cube resepi lain pulak...)

cukup la kali ini sebagai langkah pertama ku di dunia baking..next update akan di sertakan hasil kerja tangan ku yang pertame :)