Time kasih la pada en somi kerana merealisasikan impian saya...walaupun tak semahal & semewah org lain..tp cukup la bagi budak baru belajar macam saya...
so, untuk raya kali ni...no more kuih beli..smue mesti dari air tangan ku..huhu
BAHAN BAHANGULA HANGUS 2 @ 4 sudu besar gula kasar Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.
BAHAGIAN ATAS ( KARAMEL ) 1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair 70 gm gula castor 1/2 tsp esen vanilla 3 kuning telur kacau sebati perlahan
LAPISAN KEK ( A ) 140 gm tepung gandum 70 gm gula castor 3 kuning telur 135 gm / ml air 1 sudu teh baking powder 50 ml minyak jagung (saya guna minyak masak biase je..hehe) Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati
MERINGUE ( B ) 6 telur putih ( jangan ade walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik 70 gm gula castor 1 tsp krim of tar tar Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.
* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi 2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel ) 3.Panas kan oven selame 10 minit 4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus ) 5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah 6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang. 7. Terbalikkan kek perlahan lahan
Inilah hasil nya..maaf la..budak maru belajar..so comot sikit haha
pengkritik2 di rumah kata..yummy la mama (sambil ibu jari terangkat) hahaaha
Ni buat last week..free2 tak tahu nak buat ape..anak2 dah tido..umah smua dah kemas..sementare nak tunggu nak masak tengah hari, so, tengok bahan-bahan asas ade. Terhasil la Choc Custard Tart (beri name sendiri).
Sebenarnya dah lame belaja buat benda ni (fruit tart)..lebih setahun kot..tapi tak pernah berkesempatan nak buat. So, inilah percubaan pertama selepas setahun belajar. haha
Resepi Kulit Tart:
113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur
250 g tepung gandum
Cara membuat nya:
Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut.
Ambil sedikit dok masuk kan dalam acuan. TIPS: guna kan jari tengah untuk ratakan doh di dalam acuan untuk mendapat kulit tart yang rata (tak terlalu tebal, tak terlalu nipis).
Masukkan acuan tart yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
ini lah hasil nya
Oleh kerana bahan filling untuk buat fruit tart tak ada di rumah so saya reka sendiri choc custart.
Resepi Filling Choc Custard:
2 sudu tepung castard
2 susu serbuk koko
1 cwn susu cair
sedikit air
Cara membuatnya:
Kacau tepung castard dengan sedikit air hingga larut di dalam periuk kemudian masak kan di atas dapur dengan api sederhana. Masukan serbuk koko dan kacau hingga sebati. jangan berhenti mengacau. Kemudian masukan susu cair. Kacau lagi sehingga likat.
Kalo custard tu dah likat bole lah matikan api & terus letak di dalam kulit tart. buat sementara ia masih panas bagi mengelakan custart tu keras.
dah siap bole la hias dengan choc rice.
Choc Custard Tart
Inilah pengkritik masakan ku..bangun tido terus pegi dapur merasa hasil "terbaik la mama"..haha tergelak besar aku dengar dialog die nih...memang pandai bodek la anak mama nih.. :)
so far ok la kot buat first timer & biginner baker macam aku ni..tapi still perlu blaja lagi..