Monday, March 18, 2013

Mini Pavlova

resepi daripada : Kak Wan 

Bahan- Bahan:

200ml / 4 biji Putih telur
1 tsp cream of tar tar
1 cwn gula castor
1 tsp tepung jagung
1tsp cuka makan

bahan untuk whipping:
200ml whiping cream (saya guna non-dairy, coz just putar tanpa gula sbb da manis)

buah-buahan segar untuk hiasan
(kali ni saya guna anggur & kiwi sahaja. sbb ni jer yang ade di rumah..hehe)

cara-caranya:
1. Pukul putih telur bersama cream of tar tar hingga berbuih. Kemudian masukan gula caster & putar dengan kelajuan tinngi kemudian masukan tepung jagung & cuka makan dan putar lagi hingga bertanduk

2. Dalam masa yang sama, panas kan oven pada suhu 200c selama 30minit.

3. Masukan aduanan meringue tadi ke dalam beg piping, & piping kan kedalam mini cup (3/4 cup sahaja)

4. Selesai piping, bolelah di bakar 30-40 minit pada suhu 200c. Tutup api oven & biarkan pavlova di dalam oven 20-30 minit hingga dia sedikit mengering. Permukaantepi pavlova akan kelihatan merekah & kuning keemasan.

5. Pukul whipping cream hingga kental. Picitkan di atas pavlova & hiaslah dengan buah-buahan kegemaran anda...





Selamat Mencuba!