Tuesday, June 26, 2012

Mengenal bahan-bahan asas

Ok. lepas dah kenal alat-alat bantuan untuk baking..jom kenal bahan-bahan asas yang selalu digunakan dalam kebanyakan resepi samaada kek, biskut, mufin dll.

     
1. Tepung gandum

 Dalam pembuatan kek, tepung yang sering digunakan adalah tepung protin rendah (low protein) seperti tepung kek, tepung superfine, Red Rose dan sebagainya. Anda boleh gunakan tepung gandum biasa(serbaguna/protin sederhana) tetapi teksturnya lebih kasar berbanding jika menggunakan tepung protin rendah yang menjadikan kek lebih halus.Tepung gandum berfungsi sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti puding.



2. Gula
Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan.Ada sesetengah kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi pengawet semulajadi supaya kek tahan lebih lama, contohnya kek buah. Dalam kek mentega, gula dicampur dngan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu.Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan adunan kek nanti. Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum.

     3. Lemak
 Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus. Dalam kek mentega, lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin. Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut.Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.
4. Telur

Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula . Ia juga membantu mencairkan gula . Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.


5. Serbuk penaik / soda bikarbonat

Kedua-dua serbuk penaik dan soda penaik ialah egen penaik. Ia digunakan dalam membakar kek atau pastri untuk mengeluarkan karbon dioksida yang menjadikan kek tersebut naik. Serbuk penaik mengandungi soda penaik, namun kedua-duanya digunakan dalam keadaan berlainan.

Serbuk penaik mengandungi daripada soda penaik, asid garam, dan tepung jagung untuk menyerap cecair supaya adunan tidak bertindak sebelum dimasukkan air. Kebanyakan serbuk penaik ialah dwi-tindakan (double action) yang bermaksud reaksinya kepada haba dan cecair berlaku dalam dua peringkat. Reaksi pertama terjadi apabila serbuk penaik ditambah kepada adunan. Asid garam bertindak dengan soda penaik dan menghasilkan gas karbon dioksida. Reaksi kedua terjadi apabila adunan diletakkan di dalam ketuhar. Dinding gas mengembang menyebabkan adunan tersebuk naik. Disebabkan dua peringkat reaksi ini, adunan boleh dibakar lewat 12-20 minit tanpa kehilangan kuasa penaiknya.

Serbuk penaik ialah egen penaik kimia kering yang digunakan untuk menambah isi dan meringankanan tekstur bahan bakar seperti muffin, kek, dan biskut.

Adunan boleh menjadi pahit jika terlebih serbuk penaik. Ia juga akan menyebabkan adunan naik secara mendadak dan kemudian turun. Bahagian tengah kek akan turun dan isinya menjadi kasar tetapi rapuh. Jika kurang serbuk penaik pula, isi kek tidak banyak dan terlalu pejal



6. Esen Vanila




Begitulah serba sedikit tentang peranan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan kek. Disamping bahan-bahan diatas, ada banyak lagi bahan-bahan tambahan yang dimasukkan untuk memberikan perbezaan rasa dan warna kepada kek.
Sebagaimana yang kita ketahui esen vanilla adalah salah satu bahan asas yang selalu kita gunakan untuk membakar kek, biskut dan sebagainya. Tahukah kita cara ia dihasilkan? Extract ataupun esen vanilla ini dihasilkan melalui campuran minyak dari vanilla bean (yang tulen) dalam campuran base yang mengandungi alkohol. Produk ini yang akan menghasilkan esen vanilla yang tulen yang telah menjalani process semulajadi untuk dijadikan esen vanilla.

Read more: http://riezanie2u.blogspot.com/2008/04/esen-vanilla-pewarna-perasa.html#ixzz1yrGGs8Xt

No comments:

Post a Comment