Friday, June 29, 2012

Choc Custard Tart

Ni buat last week..free2 tak tahu nak buat ape..anak2 dah tido..umah smua dah kemas..sementare nak tunggu nak masak tengah hari, so, tengok bahan-bahan asas ade. Terhasil la Choc Custard Tart (beri name sendiri).

Sebenarnya dah lame belaja buat benda ni (fruit tart)..lebih setahun kot..tapi tak pernah berkesempatan nak buat. So, inilah percubaan pertama selepas setahun belajar. haha

Resepi Kulit Tart:


  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 250 g tepung gandum 


  • Cara membuat nya:
    1. Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. 
    2. Ambil sedikit dok masuk kan dalam acuan. TIPS: guna kan jari tengah untuk ratakan doh di dalam acuan untuk mendapat kulit tart yang rata (tak terlalu tebal, tak terlalu nipis). 
    3. Masukkan acuan tart yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan. 
    ini lah hasil nya


    Oleh kerana bahan filling untuk buat fruit tart tak ada di rumah so saya reka sendiri choc custart.

    Resepi Filling Choc Custard:
    2 sudu tepung castard
    2 susu serbuk koko
    1 cwn susu cair
    sedikit air

    Cara membuatnya:
    1. Kacau tepung castard dengan sedikit air hingga larut di dalam periuk kemudian masak kan di atas dapur dengan api sederhana. Masukan serbuk koko dan kacau hingga sebati. jangan berhenti mengacau. Kemudian masukan susu cair. Kacau lagi sehingga likat.
    2. Kalo custard tu dah likat bole lah matikan api & terus letak di dalam kulit tart. buat sementara ia masih panas bagi mengelakan custart tu keras.
    3. dah siap bole la hias dengan choc rice.

    Choc Custard Tart


    Inilah pengkritik masakan ku..bangun tido terus pegi dapur merasa hasil "terbaik la mama"..haha tergelak besar aku dengar dialog die nih...memang pandai bodek la anak mama nih.. :)

    so far ok la kot buat first timer & biginner baker macam aku ni..tapi still perlu blaja lagi..
    
    

    No comments:

    Post a Comment